Thursday, April 17, 2014

Seoul Day 2 - Kasut baru~

Haha tajuk pun dah over kan tuan tanah ni. Setelah membuat keputusan menyambar satu sport shoes kat New Balance, sapu flanil banyak banyak kat kaki dan disertakan dengan stoking tebal, bermulalah hari kedua tuan tanah & Mimi di Seoul. cewahhh. 


Kami mulakan hari dengan melawat Gyeongbokgung Palace. Kalau naik train anda akan turun di Gyeongbokgung Station, Exit 5 ye. Tapi harus diingat exit 5 itu agak jauh la juga menapak dari tempat kita turun train tapi jalan underground je kan, jalan je pelan pelan sampai la nanti. Akhirnya akan jumpa tangga seperti gambar kat atas ni untuk keluar dari underground. Bagi tuan tanah yang berkenderaan berat ni semput juga la. Tapi macam biasa. Kami memang jalan jalan ikut suka. Kalau penat, berhenti kejap. Minum air ke. Cari gula gula dalam beg ke. Hah gitu. 


Macam biasa, cuaca memang terang benderang tapi sebenarnya sejuk gila dengan angin kuat. Kami berpeluang juga tengok sesi Royal Guard Changing. Depa memang muka keras je kan. Dengan nak pegang bendera, ditiup angin kuat lagi, tetap berdiri tegak & tegap. Sampai bila balik Malaysia tunjuk kat kawan kawan diorang tak percaya guards ni semua real people. Ada yang ingat patung. Good experience though.


One of my personal favourite picture sepanjang trip ke Jeju & Seoul. Trick untuk minta orang tolong ambilkan gambar : cari orang yang bawak dslr yang canggih manggih. Hahaha confirm orang tu yang tak puas hati kalau gambar yang dia ambil tak berapa cantik. Tapi kalau first timer macam tuan tanah ke Seoul, harus ke sini. Scenery dia cantik sangat. Bayangkan ada istana yang cantik berlatarbelakangkan Bukaksan Mountain. Datangla jalan jalan bawa keluarga. Lepak lepak sikit sambil picnic. Eh tak sure boleh ke tak haha.


Next dari Gyeongbokgung Palace jalan kaki menghala ke depan palace untuk melihat King Sejong statue. Eh tuan tanah dah kat ke tuan tanah suka kawasan sini? Ala ala Putrajaya. Sambil tengok bangunan sekeliling yang cantik cantik.


King Sejong, the 4th king of the Joseon Dynasty (1397-1450, reigning from 1418-1450) was responsible for some of the most brilliant achievements in the history of Korea, including the creation of Hangeul (Korean alphabet) and great advancements in the areas of science, culture, art and politics.

Belakang statue ni ada lorong nak masuk satu tempat yang anda boleh baca tentang sejarah King Sejong. Macam ayat atas tu kata King Sejong ni bertanggungjawab dalam menghasilkan tulisan hangeul. 


Dari palace ke King Sejong statue tu nampak Starbucks dalam hangeul font. Agak jakun kejap tengok. Tapi kat Seoul ni memang banyak cafe yang lebih kurang macam Starbucks. Semua pun harga lebih kurang. Ok jugak kan. Banyak pilihan 


Next dari King Sejong statue kami bergerak ke depan lagi untuk lihat  statue Admiral Yi Sun-Shin.

The Statue of Admiral Yi Sun-Shin was erected at the front of Gwanghwamun Square on April 27, 1968, in honor of the brave spirit and leadership of the Admiral. At 17 meters tall, the bronze statue stands firmly with a sword in his right hand, representing protection and patriotism. In front of the statue is a miniature turtle ship that the Admiral built, and at each front corner are two drums that were used to increase the morale of soldiers going to the battlefield.


Tempat ni sebenarnya lebih mudah dikenali sebagai Gwanghwamum Square. Kalau weekend confirm ramai orang tapi too bad masa kami datang takde waterfront. Kalau tak sure lagi enjoy kan. Tapi tu la, tengah jalan kiri kanan tu sesak dengan kenderaan, kita yang kat tengah tengah ni duk sibuk posing ambil gambar. Namapun tourist kan. 

Sebenarnya masa ni dah ada janji dengan sorang wanita Korea nak jumpa untuk minum minum. Kenal dia dari Couchsurfing. Pernahla join forum sana dan beritahu yang kami nak mai Seoul untuk bercuti. Jadi wanita ni message privately untuk ajak jumpa sebab dia excited bila nak kenal dengan orang Malaysia. Lagipun dia pernah jadi practical trainee di KL selama 4 bulan. Beranikan diri sikit, dan terus janji akan jumpa di Insadong. Mula mula nak pergi naik subway atau taxi. Pergi information centre, dia beri map dan cakap "its only 15 minutes walk from here" perghhh 15 minit? Takpa cuba je la. Tak mati pun jalan pelan pelan since YaeJi ni pun masih on the way.


So dari gambar yang tuan tanah ambil dengan statue admiral Yi Sun-Shin tu, anda akan nampak macam mini gazebo gitu belah kiri anda. anda kena masuk simpang situ berhadapan dengan Korea Post dan berjalan kaki memang agak 15 minit sampai jumpa Dunkin Donuts dan kedai kasut KumKang. Sepanjang ada jalan dari Korea Post tu anda akan jumpa Daiso, Pizza Hut & McDonalds. So anda kena lalu kat depan KumKang pastu tadaaa! Ada banyak souvenirs kat sini. Ada yang boleh tawar, ada yang fixed price. 

Tujuan utama kami nak pergi Insadong ni sebab nak pergi Nami Island Seoul Center untuk beli ticket shuttle bus & ferry ticket untuk ke Nami Island. Kami memang dah plan nak naik shuttle bus je instead naik train sebab malas nak tukar tukar train kan. Office ni sederet dengan KumKang right after Starbucks rasanya. Naik lift ke tingkat 4/5. Tak ingat dah. Tapi bawah tu macam department store gitu. Jual jade la, souvenirs la. Tapi pricey gak la. 

Sampai je jumpa satu pretty lady yang boleh cakap english yang agak hebat. Rasa macam tak percaya. Bukan seperti kebanyakan yang lain. Kalau nak tau info pasal package Nami Island tu boleh la refer sini ye. Ticket bus dan ferry untuk seorang KRW23,000 return. 


Ha ni la YaeJi. Ala lembutnya suara. Lemah lembut juga. Seronok sungguh bila kita cuba nak tau pasal budaya lain kan. Making friends pun salah satu cara juga. Dia student lagi kat Sejong University. Dia kata dalam satu jam juga la jauhnya dia nak datang ke Insadong semata nak berjumpa ni. Touching kejap tuan tanah. Dan paling best bila macam ni, dia tahu nak suggest makan apa. Sebab dia well know pasal Islam. So dia straight away suggest nak bawa kami ke vege restaurant tapi too bad beratur panjang sangat. 


Jadi kami decide minum di tea house je. Dah 4 hari asyik minum kopi, YaeJi ajak minum teh pula. Macam macam jenis ada dan dia suggest kami makan Kimchi Pancake. Fuhhh first time makan terus jatuh cinta. Padahal macam lempeng je. KRW10,000 terasa berbaloi baloi. Tapi bila fikir balik,  macam tanak gosok gigi je lepas tu kan. hehe


Lepas minum minum, kami berjalan 3 orang tengok tengok souvenirs. Alang alang ada orang Korea kan, apa lagi mintak dia la bargain kan. hehe. Dalam banyak banyak kedai, kedai unnie je yang berani nak bargain dengan kami. Ala kadang kadang bukan beriya nak bargain. Saja suka suka sebab dah terbiasa kan. Pergi negara mana pun kalau dah nampak beli souvenirs mesti nak bargain kan. Sekali unnie ni boleh cakap melayu. Hamik! Bukan setakat "selamat datang" atau "apa khabar" je ok. Ni cakap harga ke macam "Ambil satu, dua ribu, ambil 3 saya bagi lima ribu" Apa lagi memang segala tok nenek souvenirs beli kat unnie ni. Tak tau nak describe kedai dia macam mana. Tapi dia sederet dengan Nami Island Seoul Centre tadi ye. Pandai la korang compare kan gambar atas ni ye. Lagi best bila tengok orang filipino datang, dia boleh cakap filipina jugak uols. Dia kata belajar dari customers je. Hari hari communicate dengan customers terus dia boleh familiar dengan bahasa bahasa luar. Baguskan?

Lepas dah settle semua souvenirs hunting, minta tolong YaeJi tahankan taxi dan inform kat kat driver tu untuk turunkan kami ke Doota. Masa ni suhu dah 3c kalau tak silap. Memang boleh bawak bergaduh. Hehe. 


 Sampai je sini, terus masuk shopping mall. Ada 2 sebab. Yang pertama nak cari toilet. Yang kedua nak panaskan badan wei! Sejuk sangat diluar tu.


Katanya shopping complex ni tak tutup ek? Ntahlah. Kami masuk pun dalam setengah jam je. Tak berkenan pun satu, harga dia mahal gila!



Pastu dari Doota, jalan la nak menyusuri Cheoggyecheon stream. Tengok blog blog lain kata ada orang main muzik la, orang lepak lepak la. Time kami pi ni, takdak orang langsung! Orang gila macam kami je dengan angin kuat macam tu nak lepak lepak tepi sungai nak feeling feeling. Haha. 


Masa ni kalau Mimi suruh amik gambar pakai handphone je memang rasa nak kakikan je. Kalau jari ni tak pakai gloves dan biarkan dalam 5 minit je, tayah lama. Sure kejung. Tak rasa pape dah jari tu. Jadi amik gambar pun lebih kurang je dengan harapan takpala esok petang kalau sempat kita pergi lagi ye. Tapi masa ni ada sorang ahjussi ni lalu dan cakap korea dengan kami. Ke dia rasa kami sesat? Ke dia nak kata "gila ke time macam ni nak lepak sini?" haha mungkinla. Adala 15 minit kami duduk sini dan terus balik guesthouse guna train station Dongdaemun tepi JW Marriot ke Hyehwa. 1 station je. 

Balik guesthouse of course la Mimi masak :) Overall memang banyak berjalan dan sangatlah selesa dengan kasut baru tuan tanah. Sambung next entry ya. Entry ke Nami Island pulak :)





8 comments:

  1. kebetulan ritu pun saya ada jumpa amoi korea yg pandai ckp melayu tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila, rasa seronok pulak kan jumpa yg boleh cakap melayu tu

      Delete
  2. Gitukan, berjalan keliling Seoul dengan kasut baru super comfy. Sepupu pun ada beli NB shoes haritu kat Namdaemun. Sampai sekarang dia puji comfy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula. sekarang dah beli. memang kena guna la sekali sekala exercise tu. tapi seminggu sekali pun tak tentu hihi.

      Delete
  3. Wah melaram ngan kasut baru katanya...betul lah..kasut yg comfy baru selesa kalau kita byk berjln terutama di korea ni

    JM ke korea dulu pun tak pegi gyeongsukgung palace ni dan qwahangmun square tu..nampaknya next trip perlu masuk dlm ite :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul tu JM. tapi jeles jugak tgk boots JM pergi Japan aritu. Memang makan hati tgk tauuu :))

      Ada byk juga benda yg naz tak sempat. Memang kena pergi lagi kan?

      Delete
  4. Kasut NB mmg best ... aku pun pakai NB .. selesa.. and fefeeling 'korean' ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betui tu. Kat NB sana siap ada jenis kasut for fashion je salesgirl tu kabo. Kalau nak yg walking ke running ke kena pergi tingkat atas. Hehe. Fashion kasut dia dh mcm kasut nak g bersukan

      Delete